Wednesday 28 December 2011

KENAPA...KENAPA DAN KENAPA

kenapa..kenapa dan kenapa?
Belajar langkah nampak senang.
Tapi susahnya tak boleh dikira.
Bukan belajar langkah untuk berjalan.
Tapi belajar langkah untuk memahami.

kenapa..kenapa dan kenapa?
Penat lelah aku cuba pilih.
Tapi senang orang milik.
Bukan barang yang di milik.
Tapi bernyawa yang diambil.

kenapa..kenapa dan kenapa?
Penat aku curah.
Mudah orang petik.
Apa yang aku dapat.
Melihat tanpa mata.

kenapa..kenapa dan kenapa?
Aku bukan tak nak melawan.
Cuma tidak ada senjata untuk mempertahan.
Bukan aku tak mencari senjata.
Sedang belajar memilih senjata.

kenapa..kenapa dan kenapa?
Aku nampak tak ada baju.
Tapi aku bukan bogel.
Aku sedang belajar menjahit.
Supaya baju aku lebih menarik.

kenapa..kenapa dan kenapa?
Ini bukan ujian disekolah.
Tapi ujian untuk diri sendiri.
Aku berlari atau berjalan.
Ujian tetap diteruskan.

kenapa..kenapa dan kenapa?
Aku sendiri..
Aku sepi..
Aku sunyi..
Aku kosong..

Monday 21 November 2011

KAU...KAU...AKU

Bersatu..???
Mana dia bersatu..??
Aku pasti semua nampak apa yang berlaku.
Mungkin tak semudah yang dikata.
Hanya bicara yang menunggu gerak gaya.
Perlu beribu cara.
Kita punya macam-macam.
Dari macam-macam itu lah timbulnya macam-macam.

KAU..!!!!
Kau sedikit.
Tapi kau ibarat layang-layang.
ibarat lalang.
kau mencari aku untuk menjadi bahan.
berputar alam itu lah kau.
kau cuba untuk putar segala.
adakah aku sedar semua itu...??
hanya menunggu waktu.

KAU..!!!
kau sederhana.
bijak berbicara bahkan merancang.
jual beli kau rampas.
kau rampas semuanya..!!!
memecah belah aku kau suka.
ingin menakluk dalam usaha.
adakah aku sedar semua itu..??
hanya menunggu waktu.

AKU..!!!
aku banyak.
tapi dimanakah aku...??
nampak kah aku..??
wujudkah aku..??
di mana pandangan dan arah aku..??
apa sudah aku perbuat.
aku pelingkup aku.
aku menyumpah aku.
kau dan kau gelak melihat aku.
cukuplah dibiarkan..!!!
pecahkan kotak..!!!
rampas jual beli.
sekat putar alam.
xusah hancur.
sekadar hanya berdiri di atas sahaja.
usah lihat kau dan kau menguasai.
ini aku yang punya.
usah goyang dan gentar.
susun atur dan usahalah kerana ini aku yang punya.
sampai kiamat ini tetap aku yang punya.
aku cepatlah tersedar sebelum tersandar.
berdoalah pada yang ESA.
alhamdulillah.
adakah aku sedar semua itu..??
hanya menunggu waktu.






Tuesday 1 November 2011

TOYOL

aku cuba mengikis bakteria hapak
yang gagah bertapak di celah kerahan otak
aku peroleh bintang tanpa otak
aku kecapi megah buta-buta

secebis kertas rabak
sebatang pena pilot
gerak jemari memutar
mata hitam melilau

tanpa kerah tenaga aku berjaya
hanya mata mencari mangsa
melonjak keluar tanpa apa
indah pencapaian tiada rasa





SELANGKAH

berlinang air masak masuk ke anak tekak ku..setelah berkepul-kepul nasi lemak aku campakkan ke dalam rongga usus aku...rokok ASTRO menjadi teman emosi ku..berbekal kan tangan aku segera merokok..sroot2..fuhhh...berabstrak asap aku keluarkan..asap sudah bubar..aku pon mula menggunakan kotak akal...








tak semua hidup senang.
tak semua hidup susah.
gerakkan badan curahkan keringat.

ada keringat sikit tapi lumayan.
ada keringat banyak tapi memuaskan.
rezeki bukan kita tentukan.
harap redha pada ketentuan.

jaga keluarga bukan niaga keluarga
lenyap lah mereka gelap lah suasana
kesudahannya.
taati yang sepatutnya

kaki ku pandu.
tangan berpaut kencang
melukis kehidupan di awang-awangan
bergerak biar senyap tapi berkat tak lenyap.

Saturday 29 October 2011

DARAH DAGING

selamat datang..silakan masuk.
ohh..kita punya rasa ingin tahu.
apakah yang sering difikirkan seseorang.
memutar setiap urat-urat yang berada di minda.






Dari raut wajah mu..
Tampak gembira dan bersih.
Bahkan apa saja yang aku mahu kau sanggup ciptakan.
Sentiasa ingin menatap wajah riang.
Walaupun susuk tubuh yang semakin layu.
Tugasan harian berlalu seperti biasa.
Selagi kudrat masih diizinkan..


Dari raut wajah mu.
Tersisip rapi seribu kisah hidup aku.
Yang akan diungkap entah kapan.
Deretan peluh mencurah ke tubuh.
Tetap juga berjurai.
Hanya ingin melihat aku sihat.
Bila-bila sahaja ia boleh terhenti berpeluh.


Dari raut wajahmu.
Marah itu tanda sayang.
Sedih itu tanda sayang.
Gembira itu tanda sayang.
Bukan sesuatu yang mudah untuk membina.
Bukan mudah untuk mendidik aku menjadi orang.
Memandu aku kehaluan yang benar.


Dari raut wajahmu.
Aku terpandang senyuman.
Bila aku selesai selangkah demi selangkah.
Tapi aku belum puas untuk menbuat kau gembira.
Belum puas..!!!
Kerana aku lebih banyak membuat kau kecewa dari gembira.
Membuat kau terduduk dan berhajat kepada-Nya.


Dari raut wajahmu.
Terukir ribuan kasih sayang.
Satu persatu aku coret kan arang ke muka kau.
Makian di hati aku luahkan.
Tetap juga menggengam aku sebagai pewaris.
Darah daging sendiri.


Dari raut wajahmu.
Terkadang membuatkan aku menyesal.
Menangis..meraung..
Walaupun hanya sedetik.
Aku tetap sayang..sayang dan terus manyayangi kau.
Walaupun tergadai tetap juga akan aku perbuat.


Dari raut wajahmu.
Punya cahaya yang cerah.
Yang sekian lama diberikan.
Hanya perlu taati dan patuh.
Aku sejenak memikir jika kehilangan kau.
Apakah aku mampu mengayuh rakit usang.
Dalam arus deras yang penuh dgn batu-batu.
Kita lihat saja nanti..................sekian

Friday 21 October 2011

TINTA RATA


tiba-tiba hati ini ingin menjerit,
lukisan dan lakaran yang berhayun mengolah satu kata,
seni bicara dan medan rata itu mula bergaduh,
mereka merobek rasa sekilas senyuman,
mudah rasa bobrok dan pujangga,
menglolaikan lagi si buta yang mencari cahaya.

lalu si bisu itu berkata,
kata yang tidak akan pernah aku fahami,
dimana penghujungku untuk mengkolatiskan kata?
nian itu si buta duduk di hujung imejan indah,
tanpa mengetahui apa yang bisa ada di sekelilingnya,
namun si buta itu terus menari,
menari kan tinta rata itu menjadi lukisan,
lukisan yang monolog tanpa wajah.

perdana semarak api itu makin kelam,
baling lah bongkah kayu itu!!!
baling kedalam api!!!
tapi!!!!!!

pappppppppppppppppppp!!!!!
sentapan manipulasi yang merobek oligopoli bicara,
sentapan yang menghentikan paradigma itu bergerak,
mereka sang kurang rakus mencari erti,
kau sang ada yang goyah dan malu untuk berjuang,
mungkin itu satu lagi tarian,
cuba lah. cuba lah untuk kau tatapi detik definisi itu,
definisi yang engkau sendiri cipta,
kejar dan kejarlah...

TINTA RATA ITU AKAN SENTIASA MENEMANMU




Tuesday 27 September 2011

SEKUAT DIA

Tinta emas ini terjatuh lagi,
kali ini jatuhnya cukup syahdu,
kelihatan ia menari diatas helaian baldu itu,
membentuk abjad yang penuh diskusi,
tinta emas itu terus berlari,
larian idah sempama sebua tarian,
mendiskusikan melankolik sebuah cerita seseoang,
tinta emas itu melenggok penuh ayu,
mencerita hebat seorang insan,
sabar si insan tiada diduga,
melikuri hari-hari yang penuh kisah sendiri,
sayang insan tak dapat di lihat,
tak pernah ditonjol sampai terbukti,
tabah si insan??? jangan pernah kau sangkal,

hari ini si insan tiada lagi,
rindu syahdu pada insan tidak terperi,
kasih suci yang dilembar seolah sutera melitupi,
hari ini cabaran terus dilalui,
tapi??
hari ini tanpa si insan yang hebat,
hari ini cuma ada si hina yang lemah,
mendayung dan menggalas wasiat si insan,

rindu pada si insan terlalu tebal,
tanpa insan aku lemah,
aku terus mencari dayungan dan jalan yang insan prnah lalui,
tapi kadang2 ku rasa seolah mati,
mati akal ku buntu.

aku perlukan sokongan,
aku merayu harapan,
aku perlukan belas,
aku perlukan semangat,
doakan aku terus tabah melisupi hari2...