Wednesday, 10 August 2011

HAMPEH


kau kotakan janji.
suara laugan mantap.
tanpa pakaian seksi.
kau junjung kitab.

ayuh terbangkan martabat
usah gusar tika panas melambai
kononnya tubuh kereta kebal.
tapi cara bukan main tembak saja.
ada gerak langkahnya.
bukan kita saja yg merasa.

owh..kau hebat berkuasa.
sampai kau lupa pada YANG esa.
bertapak bukan untuk menapak.
bertapak untuk melangkah setapak demi setapak..

rakan memang belambak.
tapi bukan tempat kau tampil berlagak.
cuci diri putar kembali.
apa kau pegang dan kotakan.

sama tinggi di bumi.
sama rendah diakhirat.
kau ciptaan tuhan
tuhan juga ciptakan aku.
kau dan aku sama.

susun penuh tatatertib.
lambai semua dengan senyuman.
bukan tidak boleh bersekedudukan.
mesti ada cara pergaulan..

aduh..!!
terbit sakit dalam diri aku.
patukan itu terkena sendiri.
kerana aku seangkatan sekali.
tapi retakan kan aku masih kecil.

bukan aku nak jatuhkan rakyat.
cuma ingin menyumbang pingat.
indah gaya indah martabat.
pergunakan usia dengan keringat.

No comments: