selamat datang..silakan masuk.
ohh..kita punya rasa ingin tahu.
apakah yang sering difikirkan seseorang.
memutar setiap urat-urat yang berada di minda.
Dari raut wajah mu..
Tampak gembira dan bersih.
Bahkan apa saja yang aku mahu kau sanggup ciptakan.
Sentiasa ingin menatap wajah riang.
Walaupun susuk tubuh yang semakin layu.
Tugasan harian berlalu seperti biasa.
Selagi kudrat masih diizinkan..
Dari raut wajah mu.
Tersisip rapi seribu kisah hidup aku.
Yang akan diungkap entah kapan.
Deretan peluh mencurah ke tubuh.
Tetap juga berjurai.
Hanya ingin melihat aku sihat.
Bila-bila sahaja ia boleh terhenti berpeluh.
Dari raut wajahmu.
Marah itu tanda sayang.
Sedih itu tanda sayang.
Gembira itu tanda sayang.
Bukan sesuatu yang mudah untuk membina.
Bukan mudah untuk mendidik aku menjadi orang.
Memandu aku kehaluan yang benar.
Dari raut wajahmu.
Aku terpandang senyuman.
Bila aku selesai selangkah demi selangkah.
Tapi aku belum puas untuk menbuat kau gembira.
Belum puas..!!!
Kerana aku lebih banyak membuat kau kecewa dari gembira.
Membuat kau terduduk dan berhajat kepada-Nya.
Dari raut wajahmu.
Terukir ribuan kasih sayang.
Satu persatu aku coret kan arang ke muka kau.
Makian di hati aku luahkan.
Tetap juga menggengam aku sebagai pewaris.
Darah daging sendiri.
Dari raut wajahmu.
Terkadang membuatkan aku menyesal.
Menangis..meraung..
Walaupun hanya sedetik.
Aku tetap sayang..sayang dan terus manyayangi kau.
Walaupun tergadai tetap juga akan aku perbuat.
Dari raut wajahmu.
Punya cahaya yang cerah.
Yang sekian lama diberikan.
Hanya perlu taati dan patuh.
Aku sejenak memikir jika kehilangan kau.
Apakah aku mampu mengayuh rakit usang.
Dalam arus deras yang penuh dgn batu-batu.
Kita lihat saja nanti..................sekian
Saturday, 29 October 2011
Friday, 21 October 2011
TINTA RATA
tiba-tiba hati ini ingin menjerit,
lukisan dan lakaran yang berhayun mengolah satu kata,
seni bicara dan medan rata itu mula bergaduh,
mereka merobek rasa sekilas senyuman,
mudah rasa bobrok dan pujangga,
menglolaikan lagi si buta yang mencari cahaya.
lalu si bisu itu berkata,
kata yang tidak akan pernah aku fahami,
dimana penghujungku untuk mengkolatiskan kata?
nian itu si buta duduk di hujung imejan indah,
tanpa mengetahui apa yang bisa ada di sekelilingnya,
namun si buta itu terus menari,
menari kan tinta rata itu menjadi lukisan,
lukisan yang monolog tanpa wajah.
perdana semarak api itu makin kelam,
baling lah bongkah kayu itu!!!
baling kedalam api!!!
tapi!!!!!!
pappppppppppppppppppp!!!!!
sentapan manipulasi yang merobek oligopoli bicara,
sentapan yang menghentikan paradigma itu bergerak,
mereka sang kurang rakus mencari erti,
kau sang ada yang goyah dan malu untuk berjuang,
mungkin itu satu lagi tarian,
cuba lah. cuba lah untuk kau tatapi detik definisi itu,
definisi yang engkau sendiri cipta,
kejar dan kejarlah...
TINTA RATA ITU AKAN SENTIASA MENEMANMU
Subscribe to:
Posts (Atom)