Wednesday, 28 December 2011

KENAPA...KENAPA DAN KENAPA

kenapa..kenapa dan kenapa?
Belajar langkah nampak senang.
Tapi susahnya tak boleh dikira.
Bukan belajar langkah untuk berjalan.
Tapi belajar langkah untuk memahami.

kenapa..kenapa dan kenapa?
Penat lelah aku cuba pilih.
Tapi senang orang milik.
Bukan barang yang di milik.
Tapi bernyawa yang diambil.

kenapa..kenapa dan kenapa?
Penat aku curah.
Mudah orang petik.
Apa yang aku dapat.
Melihat tanpa mata.

kenapa..kenapa dan kenapa?
Aku bukan tak nak melawan.
Cuma tidak ada senjata untuk mempertahan.
Bukan aku tak mencari senjata.
Sedang belajar memilih senjata.

kenapa..kenapa dan kenapa?
Aku nampak tak ada baju.
Tapi aku bukan bogel.
Aku sedang belajar menjahit.
Supaya baju aku lebih menarik.

kenapa..kenapa dan kenapa?
Ini bukan ujian disekolah.
Tapi ujian untuk diri sendiri.
Aku berlari atau berjalan.
Ujian tetap diteruskan.

kenapa..kenapa dan kenapa?
Aku sendiri..
Aku sepi..
Aku sunyi..
Aku kosong..

Monday, 21 November 2011

KAU...KAU...AKU

Bersatu..???
Mana dia bersatu..??
Aku pasti semua nampak apa yang berlaku.
Mungkin tak semudah yang dikata.
Hanya bicara yang menunggu gerak gaya.
Perlu beribu cara.
Kita punya macam-macam.
Dari macam-macam itu lah timbulnya macam-macam.

KAU..!!!!
Kau sedikit.
Tapi kau ibarat layang-layang.
ibarat lalang.
kau mencari aku untuk menjadi bahan.
berputar alam itu lah kau.
kau cuba untuk putar segala.
adakah aku sedar semua itu...??
hanya menunggu waktu.

KAU..!!!
kau sederhana.
bijak berbicara bahkan merancang.
jual beli kau rampas.
kau rampas semuanya..!!!
memecah belah aku kau suka.
ingin menakluk dalam usaha.
adakah aku sedar semua itu..??
hanya menunggu waktu.

AKU..!!!
aku banyak.
tapi dimanakah aku...??
nampak kah aku..??
wujudkah aku..??
di mana pandangan dan arah aku..??
apa sudah aku perbuat.
aku pelingkup aku.
aku menyumpah aku.
kau dan kau gelak melihat aku.
cukuplah dibiarkan..!!!
pecahkan kotak..!!!
rampas jual beli.
sekat putar alam.
xusah hancur.
sekadar hanya berdiri di atas sahaja.
usah lihat kau dan kau menguasai.
ini aku yang punya.
usah goyang dan gentar.
susun atur dan usahalah kerana ini aku yang punya.
sampai kiamat ini tetap aku yang punya.
aku cepatlah tersedar sebelum tersandar.
berdoalah pada yang ESA.
alhamdulillah.
adakah aku sedar semua itu..??
hanya menunggu waktu.






Tuesday, 1 November 2011

TOYOL

aku cuba mengikis bakteria hapak
yang gagah bertapak di celah kerahan otak
aku peroleh bintang tanpa otak
aku kecapi megah buta-buta

secebis kertas rabak
sebatang pena pilot
gerak jemari memutar
mata hitam melilau

tanpa kerah tenaga aku berjaya
hanya mata mencari mangsa
melonjak keluar tanpa apa
indah pencapaian tiada rasa





SELANGKAH

berlinang air masak masuk ke anak tekak ku..setelah berkepul-kepul nasi lemak aku campakkan ke dalam rongga usus aku...rokok ASTRO menjadi teman emosi ku..berbekal kan tangan aku segera merokok..sroot2..fuhhh...berabstrak asap aku keluarkan..asap sudah bubar..aku pon mula menggunakan kotak akal...








tak semua hidup senang.
tak semua hidup susah.
gerakkan badan curahkan keringat.

ada keringat sikit tapi lumayan.
ada keringat banyak tapi memuaskan.
rezeki bukan kita tentukan.
harap redha pada ketentuan.

jaga keluarga bukan niaga keluarga
lenyap lah mereka gelap lah suasana
kesudahannya.
taati yang sepatutnya

kaki ku pandu.
tangan berpaut kencang
melukis kehidupan di awang-awangan
bergerak biar senyap tapi berkat tak lenyap.

Saturday, 29 October 2011

DARAH DAGING

selamat datang..silakan masuk.
ohh..kita punya rasa ingin tahu.
apakah yang sering difikirkan seseorang.
memutar setiap urat-urat yang berada di minda.






Dari raut wajah mu..
Tampak gembira dan bersih.
Bahkan apa saja yang aku mahu kau sanggup ciptakan.
Sentiasa ingin menatap wajah riang.
Walaupun susuk tubuh yang semakin layu.
Tugasan harian berlalu seperti biasa.
Selagi kudrat masih diizinkan..


Dari raut wajah mu.
Tersisip rapi seribu kisah hidup aku.
Yang akan diungkap entah kapan.
Deretan peluh mencurah ke tubuh.
Tetap juga berjurai.
Hanya ingin melihat aku sihat.
Bila-bila sahaja ia boleh terhenti berpeluh.


Dari raut wajahmu.
Marah itu tanda sayang.
Sedih itu tanda sayang.
Gembira itu tanda sayang.
Bukan sesuatu yang mudah untuk membina.
Bukan mudah untuk mendidik aku menjadi orang.
Memandu aku kehaluan yang benar.


Dari raut wajahmu.
Aku terpandang senyuman.
Bila aku selesai selangkah demi selangkah.
Tapi aku belum puas untuk menbuat kau gembira.
Belum puas..!!!
Kerana aku lebih banyak membuat kau kecewa dari gembira.
Membuat kau terduduk dan berhajat kepada-Nya.


Dari raut wajahmu.
Terukir ribuan kasih sayang.
Satu persatu aku coret kan arang ke muka kau.
Makian di hati aku luahkan.
Tetap juga menggengam aku sebagai pewaris.
Darah daging sendiri.


Dari raut wajahmu.
Terkadang membuatkan aku menyesal.
Menangis..meraung..
Walaupun hanya sedetik.
Aku tetap sayang..sayang dan terus manyayangi kau.
Walaupun tergadai tetap juga akan aku perbuat.


Dari raut wajahmu.
Punya cahaya yang cerah.
Yang sekian lama diberikan.
Hanya perlu taati dan patuh.
Aku sejenak memikir jika kehilangan kau.
Apakah aku mampu mengayuh rakit usang.
Dalam arus deras yang penuh dgn batu-batu.
Kita lihat saja nanti..................sekian

Friday, 21 October 2011

TINTA RATA


tiba-tiba hati ini ingin menjerit,
lukisan dan lakaran yang berhayun mengolah satu kata,
seni bicara dan medan rata itu mula bergaduh,
mereka merobek rasa sekilas senyuman,
mudah rasa bobrok dan pujangga,
menglolaikan lagi si buta yang mencari cahaya.

lalu si bisu itu berkata,
kata yang tidak akan pernah aku fahami,
dimana penghujungku untuk mengkolatiskan kata?
nian itu si buta duduk di hujung imejan indah,
tanpa mengetahui apa yang bisa ada di sekelilingnya,
namun si buta itu terus menari,
menari kan tinta rata itu menjadi lukisan,
lukisan yang monolog tanpa wajah.

perdana semarak api itu makin kelam,
baling lah bongkah kayu itu!!!
baling kedalam api!!!
tapi!!!!!!

pappppppppppppppppppp!!!!!
sentapan manipulasi yang merobek oligopoli bicara,
sentapan yang menghentikan paradigma itu bergerak,
mereka sang kurang rakus mencari erti,
kau sang ada yang goyah dan malu untuk berjuang,
mungkin itu satu lagi tarian,
cuba lah. cuba lah untuk kau tatapi detik definisi itu,
definisi yang engkau sendiri cipta,
kejar dan kejarlah...

TINTA RATA ITU AKAN SENTIASA MENEMANMU




Tuesday, 27 September 2011

SEKUAT DIA

Tinta emas ini terjatuh lagi,
kali ini jatuhnya cukup syahdu,
kelihatan ia menari diatas helaian baldu itu,
membentuk abjad yang penuh diskusi,
tinta emas itu terus berlari,
larian idah sempama sebua tarian,
mendiskusikan melankolik sebuah cerita seseoang,
tinta emas itu melenggok penuh ayu,
mencerita hebat seorang insan,
sabar si insan tiada diduga,
melikuri hari-hari yang penuh kisah sendiri,
sayang insan tak dapat di lihat,
tak pernah ditonjol sampai terbukti,
tabah si insan??? jangan pernah kau sangkal,

hari ini si insan tiada lagi,
rindu syahdu pada insan tidak terperi,
kasih suci yang dilembar seolah sutera melitupi,
hari ini cabaran terus dilalui,
tapi??
hari ini tanpa si insan yang hebat,
hari ini cuma ada si hina yang lemah,
mendayung dan menggalas wasiat si insan,

rindu pada si insan terlalu tebal,
tanpa insan aku lemah,
aku terus mencari dayungan dan jalan yang insan prnah lalui,
tapi kadang2 ku rasa seolah mati,
mati akal ku buntu.

aku perlukan sokongan,
aku merayu harapan,
aku perlukan belas,
aku perlukan semangat,
doakan aku terus tabah melisupi hari2...



Wednesday, 14 September 2011

BUNGEK DENDANG LAGU...

CETTTT!!!!
kejar2 ku cari lagu lagu lalala,
tenet tenet ten ten ten,
turu si teruna bungek..

pedih kan hati kalo rase cm terkena, padahal nk mengena, cis!!!
ku terkena balik..
siot r kau kawan,
ku mati2 ingat ku kawan,

rupa2 nyer ku bukan kawan!!!
ahh, ku terase bungek,
kemetak dungu selubung hidung,
bara cinta diri membunuh,

pedih pedih pedih,
lalu kaki membujur layu,
membungkus pelikat ayu,
selamat malam....


Tuesday, 13 September 2011

SI ABJAD DAN KEDUDUKAN

"breakfast at Mc'D Puncak Alam"
ahh, ko ingat ko hebat,
baru sarap kt sane ko nk cakap,
ape beza la sial mcd ngn kdai abu.

ala, kn ini blog bkn sume bace meh,
aku dan kite2 aje yg bace....
ade yg paham ade yg x paham,
suke r kan nk watpe,

pg klas ngn surau,
hari2 ckp kt org,
jual muka, jual perkataan,
kate hati, biar org kenal...

sedutan asap kepulan2,
mengamit sinonim dedaun depan tingkap,
ah nk terberak!
mari berjalan di rumah usang...

bye...

SAYANG KAU SAYANG

Indah sayang kerna cinta,
indah sahabat kerna kasihnya,
kerna cinta itu segalanya,

sahabat sayang itu kasih,
cinta sahabat itu kasihnya,
jiwa kasih itu lukisan,
lukisan itu satu ikatan,

bukan hina kerna benci,
tanda sayang kami ingati,
bukan benci tapi cinta,
kerna ikatan itu selamanya.

tinta ekspresi luahan hati,
aksara diberi tanda mengasihi,
bukan menghina bukan membenci,
cinta ku suci seikhlas hati.

kenapa kasih membuang cinta,
kenapa sayang membuang ikatan,
kenapa benci menguasai,
sayang, kasih, cinta, sahabat,
itulah lukisan abadi.........

salam sayang ku kerna cinta......

Thursday, 8 September 2011

APA ERTI BERKAWAN JIKA..??

kawan..
kau memang kawan baik..
tapi kenapa kawan pijak kawan??
apa salah kawan pada kawan..??
kawan bukan lawan kawan..
kawan tak kacau kawan.
apa salah kawan?
depan kawan bukan main baik.
tapi belakang kawan.
kawan pijak kawan.
apa ni kawan.
kita dah lama kawan.
kata kawan tapi kawan pijak kawan.
kawan apa ni.??
belakang kawan, apa yang kawan buat semuanya salah.
semua kawan nak tindas.
kawan suka menindas kawan.
mentang-mentang kawan di bawah.
kawan boleh buat sesuka hati kawan.
kawan boleh pijak kawan sesuka hati kawan.
apa salah kawan pada kawan..??
takkan kawan baru nak bertapak.
kawan sanggup jadi pengkhianat pada kawan.
kawan tau kawan hebat dan berkuasa,
walaupun kawan berkuasa.
apa hak kawan nak halang kawan..??
takkan semua benda kawan nak bongkar.
apa salah kawan pada kawan.
perlukah berkawan dengan orang macam kawan.
semua kawan yang lemah kawan tindas.
apa ni..kata kawan tapi kawan pijak kawan..

Thursday, 25 August 2011

uNcLE SteR dan AuNtIe OiD

HEI!!!
"jalan berkepak dengan awek romantis,
besela bdk bru nk main besi"
lalalalalalalalalalala,

cm lirik lagu jea...haha.. mula2 cm nk wat sajak2 puitis ni.. tpi aku cm risau plak ade yg terasa..hahaha xpe2, meh aku bg sket...kurang pedas, cume ade pahit2 bacin jea... hhaha

singlet itu mantap,
kulihat bulu ketiak mu itu menggelitat,
otot2 kau pun mengetat,
wow!! ko hebat!!

ingatlah sahabat,
cari kesempurnaan itu bkn dgn care yg bodoh,
kau bodoh kalo kau buat!!
ku x kisah kau mantap kerna usaha mu..

tpi ku x sggup melihat kau menyiat masa muda mu itu,
uncle dan auntie tu stu muslihat,
muslihat bangsat yg kau anggap hebat..
sedarlah sebelum sesat..

dri pada sendat dan mampat,
x pasal jdi air dan melarat...

Monday, 15 August 2011

EMPAYAR HIJAU DAN LAUTAN BIRU

sukma kata madah mengkolatisasi kan minda,
mengencing dalam bait2 madah,
mengikut lah si benak seantero se darjah....

lu kata tu macam,
ana kata ini macam,
habis kami nak kata macam-macam!!!
BOLEH??

IKUT saja kami!!!
kami penyelamat, kami yang memberi anda itu dan ini,
minta saja pada kami,
kami akn beri JANJI!!
PERCAYA LAH...

SERTAILAH kami,
kami memperjuangkan itu ini,
kami terus kn sehingga kini!!!

tapi maaf,
KAMI mahu pencetus revolusi,
kami bosan dengan itu ini..
JANJI KAMI UNTUK INI....
kami lembarkan sayap sang cyan gabungan itu....

picisan


Ku ketik apinya
ku kemam melihat langit
apa mungkin aku bisa jadi seperti mereka
yang bertakhtakan iman
yang berlantaikan syurga
yang diangkat nama olehNYA

fikir - fikir kembali
baru kusadar
yang ku nikmati hanya sebatang gudang garam
tidak punya khasiat
cuma celaka
suka - suka sahaja

Sunday, 14 August 2011

peduliyi apanye hadui......

hidup penuh ekspedisi.
pengalaman penuh warna warni.
dunia penuh tragedi.
sampai bila jadi begini.
kita sendiri tak peduli.
hanya mengejar duniawi.
sampai masa kini.
tetap juga begini.
maki sana sini.
sibuk kesana kemari.
pukul kanan kiri.
sama saja dengan yang ini.
aku sendiri tak sedari.
salah sendiri.

Saturday, 13 August 2011

Carrot

bodoh
bodoh
bodoh sialan!
babibabibabi
cibai! cibai!

kata dia dan dia
macam berzikir dah

Tak penat ke mencarut?

kena letak cermin depan mereka bagi mereka tengok muka masing - masing yang mencarut baru rasa penat kot.

Senggama

Jalan - jalan dalam mengenal alam itu mengayikkan. Ya, asyik kerana adanya dia dan dia yang menaja santapan serakah aku. Aku berimaginasi tinggi melihat gadis - gadis seksi. Ya, bersenggama dalam minda.






Salah Siapa?

SERET

kau borak kau hebat.
di mana letaknya.
lelehan hingus pun masih lembab.
lampin pun masih tesergam indah.

datang bawak gerabak.
tapi kosa kata takde otak.
ohhh..aku lupa.
kau la yang kaki sembang..

esok lusa kau dihadapan.
berjam lepas tuh belum tentu kau boleh hadap.
cantik bersih indahnya gaya.
seumpama dalam diri betul lagaknya.
ludah sendiri jilat lah sendiri..

di zaman hutan batu darjat kau diangkat.
anak-anak didik kau semua terikat.
konon nya kau yang tentukan.
wah...kacak nya kau..

sudah lah.
bangkitlah kembali pijak kan kaki.
tanah sendiri tapi kita yang rugi.
sedarkan mereka sorongkan kata.
supaya mereka mengenal bangsa.
tidak lupa juga agama.

pandai buku pandai kitab.
pandai berkomunikasi pandai beradab.
seumpama itulah ramai yang idamkan.
tapi tak mudah nak diterapkan..

bangunlah..!!!...bangkitlah..!!!.
busuk-busuk kau diam.
kau berpaling..kau menoleh..
belum tentu kau boleh.
sibuk dengan darjat.
sendiri dipijak pun senyum biarkan.

mulut lebar..ayat mengelabah.
tapi apa pun tak berubah.
woi..!!!!
cukup lah..sudah lah.
pergilah berlumba..
naik kan agama..



Thursday, 11 August 2011

Ahh..Lega.

Tahi

ya, kadangnya senang keluar, kadangnya susah sekali. Perlu diteran barangkali. Rokok dibakar sebagai pelawas utama. Akal berangan lagi....

Prroottt.....ahh lega.

paip dibuka, air mengalir.

lega sial!

Selesai sudah. apa susah ye dak?

Baik berak dari mengutuk orang sana sini. Lagi - lagi bulan puasa ni.

BANGSAT SI PEJUANG..

prammm prooom prammmmmm!!!!!
hebat perjuanganmu,
HEBAT!!!
aktamu kata itu hebat, semua hebat.

itu semua katamu, bukan kataku,
madah kata itu kau saja yang luah,
kami langsung tidak kata apa,
cis, penipu kau sang pejuang!

apa yang kau cerita?
perjuangan anak bangsa?
tapi anak bangsat kau megahkan..

apa yang kau pegang sang pejuang?
menjaja cerita beragama?
memegang kitab suci dengan gah?

tapi apa yang kau perjuang?
taat setia sembah kau terima?
nadi kencang kah yang kau kisah?
jari2 patah dan lidah berbelit itu yang kau bangga!!

bangsat kau sang pejuang!!

Wednesday, 10 August 2011

HAMPEH


kau kotakan janji.
suara laugan mantap.
tanpa pakaian seksi.
kau junjung kitab.

ayuh terbangkan martabat
usah gusar tika panas melambai
kononnya tubuh kereta kebal.
tapi cara bukan main tembak saja.
ada gerak langkahnya.
bukan kita saja yg merasa.

owh..kau hebat berkuasa.
sampai kau lupa pada YANG esa.
bertapak bukan untuk menapak.
bertapak untuk melangkah setapak demi setapak..

rakan memang belambak.
tapi bukan tempat kau tampil berlagak.
cuci diri putar kembali.
apa kau pegang dan kotakan.

sama tinggi di bumi.
sama rendah diakhirat.
kau ciptaan tuhan
tuhan juga ciptakan aku.
kau dan aku sama.

susun penuh tatatertib.
lambai semua dengan senyuman.
bukan tidak boleh bersekedudukan.
mesti ada cara pergaulan..

aduh..!!
terbit sakit dalam diri aku.
patukan itu terkena sendiri.
kerana aku seangkatan sekali.
tapi retakan kan aku masih kecil.

bukan aku nak jatuhkan rakyat.
cuma ingin menyumbang pingat.
indah gaya indah martabat.
pergunakan usia dengan keringat.

Berteman rokok dan Budak sekolah

Malam sebegini memang enak melayan winston sambil menikmati angin malam dihujani cahaya bintang. Bintanglah sangat kan kalau duduk pinggiran bandar ni. Berbekalkan secawan kopi o air tangan aku sendiri, aku melangkah ke hadapan rumah.

" ktikk " bunyi lighter ala - ala zippo berharga 10 ringgit. "Fuhh....." lepas moreh ni memang enak berasap macam  ni. Hanya perokok yang tahu nikmatnya, kutuklah kalau ada yang nak mengutuk.

Sedutan kedua dan seterusnya mengamankan sementara hati.

prrrrrr......prrr......dua motosikal mengimaginasikan carutan di kotak kepala aku. Maaf, sfera lebih sesuai untuk kepala.

" Eh budak sekolah ni, ko nak buat apa lak ni? "

2 manusia berasingan motosikal menuju selamber ke tepi rumah aku. Seorang lelaki dan seorang perempuan.


" Apa yang diorang nak buat lak ni, kat tepi rumah gua lak tuh. " monolog aku.

Tiada ingin aku campur. Urusan mereka. Aku bertemankan rokok sekali lagi. Inilah dunia, sukanya sama dosa. Aku tunduk mengakui kelemahan diri.

Selalunya akan ada

hei sayang!
janganlah bersedih lagi
apa mengganggumu?
apa mengkhilafkan senyummu?

kalau pelangi, ku padam ia
kalau matahari, ku gelapkan dia sebentar
kalau bulan, ku putar ia.

janganlah menangis
aku tetap ada
ya, ada
cumanya ada masanya
pasti kau sedar yang ianya hanya halusinasi akal.

maafkan aku sayang
bukannya aku seorang perampas.

Tuesday, 9 August 2011

Tulis Sesuatu

Hari ini aku tetap begini. Merenung bantal, meneman perasaan sepi. Aku berfikir akan relevannya bercogankata dalam rasa di hati. Kadang kelihatannya gembira, kadang kelihatannya sepi tak bermakna tapi aku tahu akan diri aku sendiri. Ku tenung kipas putarnya owh, statik di situ. Tapi ia tetap berjasa walau tetap di situ. Paginya putar, malamnya putar tapi keenakan aku yang merasa, amat puas. Syukur, masih ada kesempatan merasa angin ciptaanNya.

Aku ingin benar menulis sesuatu malam ini. Ya, tercapai hajatku walau ku tahu ia hanya untukku tanpa kamu. Aku puas begini.

Cinta Dunia

cerita parah
resamnya pasrah
rancaknya mengerah
cinta gusar habis dimamah

aku mencangkir seseni kopi
hitam pekat lagaknya asli
menyendiri dalam rimba cinta dunia
memang ini layaknya
aku merenyam jatuh kebumi
sekali lagi

kerna cinta itu adalah hakikat
si musang bertopengkan gagak
terbang mencari persinggahan
lubang kepuasan
si curang - curang kuasa langit
hanya adanya cinta dunia

perlukah aku pergi?