Monday, 21 November 2011

KAU...KAU...AKU

Bersatu..???
Mana dia bersatu..??
Aku pasti semua nampak apa yang berlaku.
Mungkin tak semudah yang dikata.
Hanya bicara yang menunggu gerak gaya.
Perlu beribu cara.
Kita punya macam-macam.
Dari macam-macam itu lah timbulnya macam-macam.

KAU..!!!!
Kau sedikit.
Tapi kau ibarat layang-layang.
ibarat lalang.
kau mencari aku untuk menjadi bahan.
berputar alam itu lah kau.
kau cuba untuk putar segala.
adakah aku sedar semua itu...??
hanya menunggu waktu.

KAU..!!!
kau sederhana.
bijak berbicara bahkan merancang.
jual beli kau rampas.
kau rampas semuanya..!!!
memecah belah aku kau suka.
ingin menakluk dalam usaha.
adakah aku sedar semua itu..??
hanya menunggu waktu.

AKU..!!!
aku banyak.
tapi dimanakah aku...??
nampak kah aku..??
wujudkah aku..??
di mana pandangan dan arah aku..??
apa sudah aku perbuat.
aku pelingkup aku.
aku menyumpah aku.
kau dan kau gelak melihat aku.
cukuplah dibiarkan..!!!
pecahkan kotak..!!!
rampas jual beli.
sekat putar alam.
xusah hancur.
sekadar hanya berdiri di atas sahaja.
usah lihat kau dan kau menguasai.
ini aku yang punya.
usah goyang dan gentar.
susun atur dan usahalah kerana ini aku yang punya.
sampai kiamat ini tetap aku yang punya.
aku cepatlah tersedar sebelum tersandar.
berdoalah pada yang ESA.
alhamdulillah.
adakah aku sedar semua itu..??
hanya menunggu waktu.






No comments: